MENGENAI KAMI

Jom Cetak Tshirt merupakan sebuat entiti atau jenama di bawah syarikat Imtiaz Digital Sdn Bhd. Kami merupakan syarikat percetakan bumiputera yang telah beroperasi sejak tahun 2010 dan telah diiktiraf sebagai pengedar sah oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
 
Kami menawarkan percetakan T-shirt dan Uniform dengan harga yang amat berpatutan sesuai dengan bajet pelanggan. Kami juga amat menekankan kualiti dan kepuasan pelanggan.

 

Antara pelanggan yang sentiasa menyokong kami adalah dari kalangan pelajar-pelajar IPT, jabatan-jabatan kerajaan dan bukan kerajaan, NGO, IPTA/IPTS, syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan.

Kami beroperasi secara Online & Offline. Kami telah menyediakan sebuah showroom di Batu Caves untuk memudahkan para pelanggan merasai kelainan produk kami. Kami juga menyediakan pelbagai platform online yang lebih mudah untuk diakses pelanggan.
 

PERKHIDMATAN KAMI

Kemahiran kami adalah dalam percetakan t-shirt Ready Made, Custom Made, T-shirt Muslimah,  T-shirt Sukan, T-shirt Tadika, Uniform, Jersey Sublimation dan banyak lagi. Antara teknik cetakan yang kami gunakan adalah silksceen, embroidery, heat transfer, hybrid dan sublimation yang pastinya berkualiti dan tahan lama.

APA YANG KAMI TAWARKAN UNTUK ANDA?

Tempoh Siap Yang Singkat

Kebiasaannya tempoh siap tempahan t-shirt ready made adalah di antara 5-7 hari bekerja. Tapi jika ada permintaan untuk tempahan urgent kami boleh siapkan bergantung pada kapasiti kami pada masa tersebut.

Minimum Tempahan Yang Sedikit

Kami menerima tempahan minimum 10 helai dan boleh campur pelbagai saiz dan warna baju. Harga bergantung pada kuantiti tempahan. Lebih banyak tempahan lebih murah harga t-shirt.

Kualiti Cetakan Yang Terjamin

Kami amat menekankan kualiti cetakan untuk setiap tempahan t-shirt yang dibuat. Setiap t-shirt yang siap dicetak akan dibungkus dan diteliti hasil cetakannya.

Ready Design Disediakan

Untuk memudahkan pelanggan, kami menyediakan beberapa design ready made secara PERCUMA. Jika tiada design pihak kami boleh designkan untuk anda.

Urusan Tempahan Yang Mudah

Pelbagai cara kami sediakan untuk memudahkan anda membuat tempahan dan pertanyaan samada melalui Online ataupun Offline.

Penghantaran Seluruh Dunia

Pihak kami akan menguruskan segala urusan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei.

ANTARA PELANGGAN KAMI

Kami berpengalaman lebih 5 tahun dalam dunia percetakan t-shirt & uniform. Kami mampu membantu anda untuk memiliki tshirt design anda sendiri.​

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK SEBUT HARGA !

No. 6-1, Jalan PPS2, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Batu Caves, Selangor

Isnin - Jumaat: 9.00 pg - 6.00 ptg, Sabtu: 9.00 pg - 1.00 ptg